FAQ

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi UTeM. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian +062701761 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  1. Siapakah Peneraju PNCPPF sekarang?

     Peneraju PNCPPF sekarang ialah Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff 

  1. Apakah fungsi PNCPPF?
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan fizikal dan infrastuktur serta kemudahan perkhidmatan yang komprehensif.
  • Merancang dan menyelaras program-program berkaitan alam sekitar dan kelestarian yang membabitkan teknologi hijau dikalangan warga universiti.
  • Menentukan keselamatan fizikal,warga UTeM dan pelawat di tahap optimum.
  • Merancang dan mengurus perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan universiti.
  • Memastikan keselamatan dan kesihatan warga Universiti sentiasa terjamin.
  • Menguruskan sumber manusia, kewangan, aset dan pejabat dilaksana secara teratur dan sistematik. 
  1. Berapakah bilangan PBU di bawah PNCPPF? 
  • Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar
  • Pejabat Pembangunan Fasiliti (PPF)
  • Pejabat Keselamatan
  • Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti
  • Pejabat Pengurusan Pembangunan 
  1. Di manakah lokasi pejabat PNCPPF? 

     Pejabat PNCPPF terletak di Bangunan Pejabat Bangunan, Kampus Induk. 

  1. Apakah objektif Pejabat Khidmat Pengurusan? 

     Mengurus Sumber Manusia, Kewangan, Aset dan Pengurusan Kontrak Dengan 
     Cekap Dan Sistematik. 

  1. Berapa bahagian di Pejabat Khidmat Pengurusan? 

    Pejabat Khidmat Pengurusan mempunyai 2 bahagian iaitu : 

  • Urus Tadbir
  • Kontrak 
  1. Apakah fungsi bahagian kontrak? 
  • Mengurus kelulusan permohonan pusat tanggungjawab bagi perlaksanaan projek-projek pembangunan dan perkhidmatan penyelenggaraan.
  • Mengurus perolehan bagi projek- projek pembangunan dan perkhidmatan penyelenggaraan
  • Melaksana pentadbiran kontrak dan kewangan bagi projek-projek pembangunan dan perkhidmatan penyelenggaraan. 
  • Memberi khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan dengan pentadbiran kontrak. 
  1. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Kelestarian Alam Sekitar ? 

      Anda boleh melayari laman web https://kpka.utem.edu.my/index.php/ms/ untuk
      maklumat lanjut atau hubungi talian 06-270 4491 

  1. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Keselamatan di UTeM ? 

      Anda boleh melayari laman web https://keselamatan.utem.edu.my/en/ untuk
      maklumat lanjut atau hubungi talian 06-270 2857. 

  1. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Perkhidmatan Penyelenggaraan di UTeM ? 

      Anda boleh melayari laman web https://ppp.utem.edu.my/index.php/ms/ untuk 
     maklumat lanjut atau hubungi talian 06-270 1370



Untuk maklumat lanjut mengenai Pejabat PNCPPF hubungi :

Telefon : 06-270 1016 atau emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Search