KATA ALUAN

Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.
 
Selamat datang ke Laman Sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) UTeM. 

Laman sesawang ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) UTeM yang terdiri daripada Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF), Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP), Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA), Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU) dan juga Pejabat Keselamatan. Di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) juga terdapat Pejabat Khidmat Pelanggan (PKP) yang menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan, Aset dan Pengurusan Kontrak bagi semua Pihak Berkuasa Universiti yang diletakkan di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti).

Saya berharap laman sesawang ini akan dapat memberi input dan panduan yang komprehensif kepada semua yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara antara pejabat ini dengan masyarakat luar dan staf universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan kami. 

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) agar lebih interaktif dan berinformasi.

Selamat melayari laman sesawang ini. 
Sekian, terima kasih.

Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff
Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)
Pejabat Penolong Naib Canselor Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (PNCPPF)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

latest edit : Nov 2021

Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff
Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin YusoffPenolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Search